Thursday 26 April 2012

~jatuh cinta ?? ~

Assalamualaikum...

 Hujan turun lebat sangat hari ini... memang waktu yang sesuai sangatlah untuk tidur..zzz..  bile nak pejam mate jek..  tetibe teringat kat pesanan seorang rakan yang muslimah , cantik dan lemah lembut...

" farihaa.. nanti balik.. on9 boley.. saye nak ckp something.."

Oh no!!.. ana kena on9... nanty terlupe.. terlepas pulak cite HOT ni.. haha... so ana p0n cepat2 la on9..then..kawan ana kata yang die telah jatuh cinte dengan seseorang...dan dye memrlukan pertolongan ana..!! haishh.. camane ni.. ana dah la takde pengalaman .. nak wat camne.. fikir..fikir..fikir..

Sememangnya perasaan cinta tidak boleh dibuang dalam diri setiap insan di dunia ini..
perasaan cinta tu mmg Allah dah beri kat dalam diri setiap khalifah di muka bumi ni.. tujuannye agar kite mengeksprementasikan (waahh) cinta kite tu hanya untuk ilahi.. tapi .. kite sebagai insan yang lemah.. kadang2.. cepat terpengaruh dengan hasutan syaitan.. sebab tulah pentingnye tujuan menjage mata(haishh.. membebel la pulok)..jadi bile kita dah jatuh cinta.. memang la.. susah nak cakap.. hati sentiasa rasa tak tenang.. sentiasa nak tengok muke dye.. tak tengok sehari... gile bayang!! jadi.. segala pokok pangkalnya terletak kepada diri kita sendiri.. bagaimanakah caranya untuk mengatasi perasaan CINTA yang sangat istimewa ini..  Bagi yang dah sesuai sangat umurnya yang dah boleh kahwin.. ape tunggu lagi.. masuk minang.. settle keje.. masalahnya yang pelajar macam saye ni.. makan terlebih kenyang.. tidur terlebih lena.. mandi terlebih basah.. nanges sampai banjir.. jadi macam mane??
~di sini saya sertakan beberapa tips.. :
.. * jika anda wahai wanita yang sopan dan cantik @ lelaki yang kacak dan bertanggungjawab mempunyai sahabat yang amat kamu percayai.. suruhlah die ingatkan diri anda agar serahkan cinta pada yang sebenar-benarnya...[[iaitu Allah]]..
.. * jika boleh... diri empunya badan yang mengalami penyakit cinta ini perbanyakkanlah solat sunat..
.. * elakkan bercakap mengenai CINTA
.. * buzykan atau sibukkan diri anda dengan pelajaran ataupun kerja..
.. * jangan lupa memohon pertolongan daripada Allah.. kerana segala yang berlaku ini hanya Allah yang tahu..
 
Sikit tapi susah jika dilakukan secara istiqamah [berterusan]..walaupun perkara ni susah untuk dilakukan.. percayalah.. segala perkara tidak mustahil.. insyaAllah.. jika anda melakukan semua ini.. perasaan cinta yang suci itu.. dengan izin Allah akan berada kembali di landasan yang benar,.. wallahualam.. psst.. jika ada yang tersalah.. maaf yang teramat sangat.. ana hanya manusia yang lemah..




Monday 23 April 2012

~ Cara-Cara menjadi ,muslimah yangsentiasa cantik~



Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari yaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan oleh handuk, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah, perbanyaklah 'olah raga'. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dan lain-lain. Cukup dengan memperbanyak sholat. Dengan sholat berarti kita menggerakan seluruh tubuh. Konsultasikan semua keluh kesah kita pada Zat Yang Maha Tahu -Allah SWT dengan dzikir dan do'a-
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyum. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga. Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam operasi plastik. Tidak lupa membisikan 'kata kunci' "Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaq ku). (HR Ahmad).
Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak dipakai menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, singset dan mulus, lakukan diet yang teratur yaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, Senin dan Kamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air putih.



Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
 jadi?? jika kita sentiasa mengikuti cara-cara diatas.. tidak mustahill kita sebagai muslimah akan sentiasa tampil cantik ,..dan sopan.. :)

~cinta~couple~





Assalamualaikum... Hari ini ana ingin menulis tentang "couple"..
                   
               Sememangnya pada usia remaja (biaanye budak sekolah menengah macam ana..huhu..) couple is just something normal .. bagi mereka kalau tak "couple" kita digelar kolot.. skema ..dan lain2... tapi alhamdulillah.. ana berjaya mengelakkan diri daripada ber "couple" buat mase sekarang.. walaupun ade yang sudi.. tapi anatak sudi.. hik3 .. kenapa?? mungkin ana daripada kelas arab dan ustaz ana merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab dan bersifat kebapaan.. (ustaz hisham namanya.. rindu ustaz sangat..)memang ana akui tidak semua budak aliran arab baik... tetapi.. alhamdulillah ana ditakdirkan oleh Allah untuk berkawan dengan rakan2 yang soleh dan solehah waaupun mental agak kurang sihat.. huhu(teringat pula kenangan yang dulu.. ish..!!)

                    Ana akui pernahla terjebak dalam "coupling - dupling" ni.. seingat ana masa form 1.. masa tu memang la best "couple" .. papep0n ingat kat dye.. adatlah kalao ber"couple"..  di akhirnya mesti adenye perkataan "CLASH".. kalau clash biase r.. mestinye nanges la.. mandi terlebih basah.. makan terlebih kenyang.. tidur terlebih lena.. tapi alhamdulillah sekali lagi,ana tak alami sindrom tu.. ana alami satu sindrom pelik..!! bile clash jek.. ana rase hati ana sangat kotor.. macam maruah ana murah sangat..  sejak tu.. ana tetibe jek nak berazam taknak couple.. sebab??


             Sebab-sebabnya adala (cewahh) : - bile couple macam murah sangat jek maruah ana ni..
                                                                    - lepas da clash.. pastu couple balik..(rase macam diri tu pelacur murahan jek... ) yelah walaupun x serah badan tapi serah hati.. hati yang patut dijage oleh kite untuuk bakal suami
                                                                    -ade seorang sahabat lelaki yang sangat bertanggungjawab dan kacak.. die pernah cakap dekat kiteorang pompuan jek..( mase tu dalam kelas cikgu takde lagi) dye kate " aku takkan suke kat bekas orang( mean orang yang pernah jual hati dye!!- ana rase sangat insaf- terima kasih muslihin..)     
                                                                   - kena bazir kedit.. mesej la .. kol la.. bile da  bosan jantan uh tinggal.. perempuan yang comel lotey tu.. menangis..~BAZIR AIR MATE JEK~!!       
                   
                                                                  - pahale kurang dosa tambah.. nape?? bukannya sentuh p0n.. bukannye buat benda2 terlarang/.. kiteorang saling mengingati mengenai Islam?? salah ke??
Rasulullah pernah berkata bahawa " zina terbahagi kepada 5 bahagian iaitu mata ,telinga, mulut,hati dan kemaluan "    mata(~'.')~ pandang benda yang bukan2 , telinga(~'.')~ dengar perkara yang bukan2, mulut(~'.') kata perkara lucah , hati(~'.')~ merindui seseorang yang tidak  dihalalkan oleh syarak.. kemaluan(~'.')~ lakukan persetubuhan dengan seseorang yang tidak halal...  jadi.. walaupun ada yang ber"couple" untuk memperbetulkan akidah seseorang.. atau saling mengingati tentang agama.. berkongsi pendapat tentang agama..adakah hati anda masih hanya untuk Allah yang maha pemurah memberi kita perasaan.,??Jika  ya.. apa buktinye?? adakah anda lebih menyebut kebaikan Allah lebih daripada wanita tersebut?? adakah anda lebih mengingati Allah daripada wanita tersebut?? adakah tidur anda diiringi dengan zikrullah kepada Allah daripada bermimpi untuk berjumpa dengan wanita tersebut.. 

                      Sememangnya tidak dinafikan niat saudara dan saudari sekalian amatlah baik.. tetapi harus juga diingat.. MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA.... adakah seseorang itu dibenarkan mencuri semata-mata untuk menderma ke arah kebajikan?? tidak bukan.. jadi marilah sama-sama kita renungkan.. semoga menjadi iktibar untuk saya dan para pembaca sekalian..wallahualam..p/s.. maaf jika ada kata2 yang mengguris hati pembaca.. maaf sangat2..                                          
               

Saturday 21 April 2012


PERGAULAN MENURUT iSLAM

Assalamualaikum.. hurmm.. jam baru pukul 11 :10.. mate rase x mengantuk lagi.. nak buat ape p0n x tahu..tengah syok2 tengok tv..  teringat kawan kite yg cute.. comey.. lemah lembut.. Dia tanye...
Hazwani  : farihaa.. kalo ade laki uh tegor kite kan.. nak wat cmne ea.. lau x jawab katenye sombong.. lao jeling.. dye ingat kite gedik lak kan.. takpun perasaan yang kite ade "feeling" kat dye.. pleeezz..
Farihaa  : dah tu
Hazwani  : yela.. abez uh kite nak wat lagu mane nan dyeorang..
Farihaa  : kite wat lagu nasyid je.. =_='
Hazwani  : farihaa.. betol2 la..!!
Farihaa.. ye le.. saya p0n x pandai sgt bab gnie.. so kalao saye senyum jek.. pastu jalan straight.. ataupun.. saye buat xdengor.. (mcm famous sgt lee pul0k)
Hazwani  : gitu ea.. okey2.. ea farihaa.. awq tao x.. pot pet..pot...pet..(pe lagi.. gusiipp . pasal pelajaran yep )

jadi bagaimankah sebenarnya pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut Islam??
Sebenarnya.. Islam tidak membenarkan apa jua bentuk hubungan antara lelaki dan wanita bagi mengelakkan fitnah dan menjauhi zina, kecuali dalam keadaan darurat sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh imam Muslim di mana Rasulullah SAW membenarkan orang perempuan pergi ke medan perang bagi menolong merawat pesakit-pesakit dan menyediakan minuman.. Dalam suasana kebebasan yang ada pada hari ini, setiap individu muslim harus menyedari batas-batsa pergaulan agar terhindar daripda perkara-perkara terkutuk sebagaiman girman Allahdalam surah Al-Isra'ayat ke 32  yang bermaksud " janganlah kamu menghampiri zina"
         Perbuatan membatasi pergaulan dengan wanita adalah sangat baik untuk menjaga diri sendiri  dan ia harus mempertahankan prinsip tersebut tanpa mempedulikan kata-kata orang lain . Namun ia JUGA PERLU BERGAUL DENGAN RAMAH DALAM KEADAAN TERTENTU YANG TIDAK MENIMBULKAN FITNAH AGAR TIDAK DIANGGAP SOMBONG kerana desakan hidup pada masa ini memerlukan kita bergaul dengan semua lapisan masyarakat..





PERBEZAAN SOLAT DAN SEMBAHYANG ..... KITA SAMA SAMA MENGINGATI...

Ramai umat Is...lam pada hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat” termasuklah saya. Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”

... Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.” Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.

Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.”

Solat lebih tepat istilahnya. Bagi kita yang mempunyai kesedaran agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
 

...