"PRAAP" surat khabar I Love Islam ditutup lalu diletakkan di meja yang berada di sebelahnya.. Jejaka tersebut tersenyum lalu baring di atas sofa dan kemudiannya melelapkan matanya...beberapa minit kemudian...
" Ahmad!! Ya Allah anak teruna aku seorang ni... tidur pulak dia ni.. nak kena budak ni.. tunggu je la " kata Maimun sambil tercari -cari surat khabar yang boleh digunakan untuk mengusik anak terunanya itu. sedang Maimun mencari .. tiba-tiba..
" emookkkk...!!!!" sergah Ahmad lalu ketawa....
" Ya Allah... haish ape budak ni... kuss semangat.... terbang roh mak .. " bebel cik Maimun...
" roh mak terbang.... fuyyooo... haha.." sambung Ahmad lalu ketawe lagi...
" Ahmad !!.... menjawab kerja dia.. dah takde kerja lain dah ??? tu pesakit kat hospital tu.. dah lame tunggu Encik Ahmad Raffizwan ni... "
" alorh..alorh..alorhh... abah ade orang ngajok ni... " jerit ahmad..
" Ahmad!! kamu ni... hish..."
" mak malu ke.. eley..eley.. malu -malu rimau pulok... haha" kate ahmad sambil ketawa..
" Ahmad dah jangan usik mak lagi.." encik Sulaiman menegur perbuatan anak terunanya yang terakhir itu..
" kenape abah jealous ea.. kuchi kuchi ho tahe.. haha" sengaja Ahmad menyebut tajuk filem hindustan kegemaran ibu bapanya ... akibatnye.. tersipu-sipu orang tua itu..
" dah la tu... sini duduk sini sebelah abah.. abah nak bagitahu benda ni..."kata Encik Sulaiman.. Ahmad menurut kata-kata ayahnya itu walaupun senyuman di wajahnya masih tidak boleh diuraikan....
" Nah.. tengok baik -baik... keputusan muktamad mak dan abah.. tiada bantahan... 3 tahun tempoh dah habis. cepat siap .. petang ni kita pergi ye anakku sayang.. kuchi kuchi ho tahe.."Encik Sulaiman pula berkata lalu mengusap wajah anak terunanya yang kacak ...
" Ayah nak bagi ape ni... duit ke.. ? takpun emas?? lelaki mane boleh pakai emas.. kalau Ahmad pakai pun nanti mesti punye lah mak cemburu... takpun...." kata-kata Ahmad terhenti sampai di situ apabila matanya tertumpu pada isi sampul tersebut...
" 3 petang ye sayang... 2 jam dari sekarang...lekas bersiap... jangan lupe solat zohor.." ucap Puan Maimun sambil tersenyum simpul apabila suaminya memegang tangannya lalu menariknya menuju ke dapur... jeles la tu/...
***********************************************************************************
"Angah... angah.." jerit Puan Zaitun sambil matanya melilau mencari anaknya.." selalu ada kat sini.. mane lah budak ni pergi .. Ya Allah.."
" Ye mak.." terkocoh-kocoh Maisarah ke hadapan...
" Ya Allah.. pergi mana tadi .. mak cari satu rumah tak jumpa... ni lagi satu.. apa pasal topeng ultraman taro ni ade kat muka tu.. "
" Siapa lagi kalau bukan adik tu.. saja nak dera..mentang - mentang angah jarang balik.. " Maisarah menjawab lalu mencabut topeng ultraman tersebut dari mukanya..
" Ye lah sayang.. jarang balik ye.. tau la cita-cita dah tercapai.. nak sangat jadi doktor... doktor Allah bagi.. Alhamdulillah.. "ucap Puan Zaiton sambil meneliti wajah anaknya yang putih kemerah-merahan akibat cuaca yang sedikit panas hari ini..
" Kenapa mak panggil angah ? " Maisarah melontarkan soalan ke arah ibuya..
" owh.. Lupa pulak.. ni siap cepat.. kita nak keluar ni "
" Keluar?? tak nak lah mak... nak duduk kat rumah " Maisarah menetapkan keputusannya.. sememangnya dia seorang wanita yang tidak gemar keluar rumah... kenapa?? dia sendiri tidak mengetahuinya..
" hari ni sahaja... boleh ye angah?? " ujar Puan Zaiton.. dia tahu bahawa anknya yang seorang ini lain dari yang lain..sangat menjaga tatasusilanya dengan orang yang lebih tua... jikalau remaja seusianya lebih gemar ditemani telefon bimbit... dia lebih gemar bersendirian bersama Al-Quran kegemarannya...jadi apabila Maisarah menolak untuk keluar.. bagi Zaiton.. itu perkara biasa,..
" ye lah mak.. nak pergi mana? kalau nak pergi jalan-jalan.. tak nak lah.."
" tak pergi jalan-jalan pun tapi pergi...." sengaja Puan Zaiton memberhentikan kata-katanya sampai di situ...
" Pergi mane mak?? " Maisarah bertanya kehairanan...sdah macam dalam drama dah.. apela mak ni.. getus hati Maisarah sambil tersenyum simpul..
" Pergi jumpe menantu mak.. dah cepat siap... 3petang nanti.. siap cepat.."
" handsome ke menantu mak tu.. pandai kakcik pilih sampai mak setuju.. yelah dia baru umur 19 tahun kan..." Maisarah mengakui kebijaksanaanya adiknya yang memang cantik dan mempunyai bentuk badan yang menarik.. tapi sayang... kecantikan kurniaan-Nya tidak digunakan sebaiknya..
" memang kacak sangat.. kerja dia sama macam angah... cuma dia high sikit.. doktor pakar la katakan... dah cepat..ingat 2 jam lagi... lambat mak senyum.."
" mak ni.." tersenyum Maisarah menampakkan baris giginya yang putih.. segera dia berlalu ke dalam biliknya lalu mula gosok tudung bidang 60..
**********************************************************************************
" Ya Allah... aku akui hatiku berdebar saat pertama kali melihat wajahnya.. walaupun aku tidak dapat melihat keseluruhan wajahnya.. tetapi kenapa hatiku tenang ?? kenapa?? aku tidak pernah mempunyai perasaan ini.. walau berada di samping wanita yang aku akui kecantikanya.. kemulusan kulitnya.. kenapa?? Ya Allah.. jika benar dia untukku serta dia mendatangkan kebaikan untuk diriku dan aku mendatangkan kebaikan untuk dirinya.. jika dia mampu merapatkan aku dengan-Mu Ya Allah.. satukanlah kami.. jika dia tidak memberikan apa-apa faedah untuk aku..kau jauhkanlah kami.. Amin ya Rabbal Aalamin..." tangannya diraupkan ke muka lalu kemudian dia membaca zikrullah untuk menenangkan hatinya...
Selepas itu dia segera bersiap.. takut Puan Maimun dan Encik Sulaiman marah la tu...
**********************************************************************************
" vvroomm" kereta Mercedes hitam tersebut berlalu dan meninggalkan banglo putih 2 tingkat itu....
" hai Ahmad.. ketatnye muke.. monyet tengok pon sakit jantung.." usik Aiman.. abangnya
" entah dia.. tu belum jumpe.. dah jumpe tu.. joget macam gorilla.. haha" balas ashraf , abangnya yang kedua..
" ape barang gorilla ashraf... joget pahang la.. awek die orang pahang kan..." ketawa terbahak - bahak kedua-dua mereka.. yelah .. mase diorang kahwin .. si Ahmad ni sibuk usik.. sampai merah muke.. kelat macam buah yang memang tak pernah masak!! ni la masanya diorang nak balas..!! tapi kalau si Ahmad ni.. enjen dia dah panas.. boleh haru suasana..
"korang ni.. siapa yang ajar korang plan kenekan ahmad ni.. cakap sekarang.. siapa kepala korang... cakap sekarang...!!" cakap Ahmd dalam nada tegas yang sengaja dibuat-buat..
"kepala??? saye kepalanya cik.."ujar ashraf
"saya pulak badannya.." ujar aiman..
" saya pulak kakinya"
" saya tangannya.."
" hahahaha" terburai ketawa ketiga-tiga jejaka tersebut...
" korang aku serius ni.. tak nampak aku tengah serius.." ujar ahmad sambil mejulingkan matanya... makin bertambah galak mereka ketawa...
********************************************************************************
" Kak mai.. cepat la... kitaorang dah ready ni..!! " ujar fiqah , adik Mai
" yelah.. kejap.. akak nak amek pur...."
" dah...purdah kan dik " ujar suriani sambil tersenyum.. disisinya suami tercinta mendokong anak pertama mereka...Tersenyum simpul Maisara...
" jom kak..." ujar siti sambil menarik tangan kakaknya masuk ke dalam kereta..
**********************************************************************************
Setibanya di sana...
" tu dia.. kompang dipalu.. pengantin burok... duduk bersanding.. dah macam berok.." nyanyi Ashraf sengaja meriuhkan suasana yang memang sejak azali gamat.. akibatnya.. satu penumbuk kena tepat atas bahu.. apa lagi menjerit Ashraf... bertambah gamat.. mereka ketawa..
" dah.. keluar cepat.. buat malu jek" ucap puan Maimun sambil mengetuk tingkap kereta milik anaknya..
" tu mak dah panggil... jom kita keluar jom.. ashraf kau pergi kat isteri kau. aku pergi kat isteri aku.. biar Ahmad dengan ostrich.. haha" bertambah gamat mereka ketawa.. Encik Sulaiman terpaksa mengambil tindakan bagi menyenyapkan mereka..
" dah jom masuk.." ajak Maimun
" Assalamualaikum... " sapa Maimun..
" Waalaikumussalam.. maimun.. ape kabar.. mari masuk..." ujar zaitun
Setelah 2 jam berborak.. Ahmad masih tidak dapat melihat siapakah wanita yang berada dalam gambar itu.. matanya tertinjau-tinjau.. lehernya di panjangkan.. dah macam unta ..
" emaknya.. ade orang tu tak sabar nak kenal dengan kekasih halal dia tu..."usik ashraf sambil menjeling ke arah Aiman agar menyambung kata- katanya...
" ye lah mak.. dari tadi dah menggelenyor .. bagi jek lah jumpa mak.." gamat suasana ruang tamu pada waktu itu apabila kedua-dua belah pihak ketawa..
" makcik .. pakcik.. tandas mana??" sopan Ahmad bertanya..
" jalan terus pastu belok kanan .. jalan terus lagi.. pastu belok kiri... "
" terima kasih pakcik ." ujar Ahmad sopan..
***********************************************************************************
" fuhh.. lega.. " kata-kata pertama yang diucapkan apabila keluar dari toilet... dalam perjalanan ke ruang tamu.. telinganya terdengar pada alunan lembut al-quran dari suara seorang perempuan... segera dia mencari arah suara tersebut.. matanya terlintas pada seorang wanita yang memegang al-Quran kecil berwarna emas...
Bergetar jiwanya.. "subhanallah.. indah... " Dia terpana lalu segera memalingkan wajahnya.." astaghfirullah... Ya Allah ampunkan hambamu kerana tidak menjaga mata yang telah kau kurniakan..." segera dia berpaling dan bergegas ke ruang tamu...
" lega bang??" usik Aiman..
"kau ngintai anok dara orang ye Ahmad..??"Ashraf menyambung.
" aku ngintai atok orang.. nape nak join.. cun gak macam muke ko nyah.." ujar Ahmad kepada Ashraf.. Semakin galak mereka ketawa..
***********************************************************************************
" Sodaqallahulazim" Al-Quran emasnya ditutup rapi lalu dipeluk al-quran tersebut rapat ke dadanya.. Terasa tenang hatinya.. tiada lagi lelehan air mata seperti tadi... kini dirinya bersedia.. dikuatkan semangatnya..
" InsyaAllah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Ya Allah.. jika benar dia untukku serta dia mendatangkan kebaikan untuk diriku dan aku mendatangkan kebaikan untuk dirinya.. jika dia mampu merapatkan aku dengan-Mu Ya Allah.. satukanlah kami.. jika dia tidak memberikan apa-apa faedah untuk aku..kau jauhkanlah kami.. Amin ya Rabbal Aalamin.." tangannya diraupkan ke muka..
" Kak... mak panggil suruh pergi depan ..." ujar Fiqah
" Ye lah akak nak pergi ni.. kejap lagi aka datang ye sayang... fiqah pergi dulu.. okey???" ujar Maisarah sambil tersenyum simpul..
" Alright kak Mai"
Setelah adiknya keluar... segera Maisarah menghalakan wajahnya ke arah cermin... membetulkan wajahnya... demi menjaga maruah diri dan ibu bapanya... Dengan lafaz "bismillah " .. Maisarah menapak keluar menggunakan kaki kanan dari bilik yang didiami tadi.
**********************************************************************************
Maisarah mengambil tempatnya di sebelah ibunya dan kebetulan berada di hadapan Ahmad...
" subhanallah.. adakah dia orangnya.." getus hati Ahmad
" Ahmad.. wanita ini yang bakal kau kahwini.." ujar encik Hamdan bapa kepada maisarah..
"Mai.. buka purdah mu.. bagi bakal suamimu lihat.." ujar encik Ahmad kepada Maisarah..
" tak nak.. saya tak nak .. dia belum sah jadi suami saya.. saya tak nak.." detik hati Maisarah..
"tapi ni arahan bapa awak.. bapa awak ada hak atas awak" ujar akal Maisarah
" tapi kita boleh ikut arahan seseorang itu selagi tak melanggar hukum Allah.. Syariat Allah.."hati Maisarah mebalas..
" tapi.. aurat perempuan ialah muka dan tapak tangan kan... sudah lah tu Maisarah.. jangan jatuhkan maruah bapa awak.." hujah akal Maisarah terpaksa meyakinkan Maisarah agar membuka purdahnya yang sudah lama menjadi temannya..
"Pakcik.. tak pe.. saya sendiri akan mebuka purdah itu apabila dia sah jadi isteri saya.." ujar Ahmad sopan .. kata-kata yang mampu melenturkan hati mentua dan wanita bergelar Maisarah..
Suasana sunyi seketika... Si mentua tergamam melihat keindahn , kecantikan dan kekacakan menantu..
" kira jadi lah ni nak kahwin.. " usik ashraf
" ayat macam tak sabar jek kan raf??" jawab Aiman sambil melagakan buku lima mereka.. tersenyum isteri kedua-duanya .. hanya mampu menggeleng... walau dah jadi ayah.. masih ada ciri romantis dan wajah kacak keremajaan... tetapi bukan itu yang membuatkan mereka jatuh cinta.. keimanan mereka yang kuat dan sangat romantis apabila berdua-duaan di kamar menjadikan mereka lelaki terhangat dalam hati mereka..
Setelah selesai berbincang mengenai masa yang akan mampu menyatukan mereka...akhirnya keputusan sepakat ditemui...
**********************************************************************************
" Hamboi sebut lafaz sampai terbeliut-liat lidah... apehal babe??" ucap Kamal rakannya..
" pergh.. nak tipu agak-agak la weyh,,, "
" Isteri ko mane..?? sorry lambat tak sengaja.. jalan hari ni...macam biasa la.. jem anggur.."sapa afiq yang baru sahaja sampai..
"jem anggur?? apahal pulak jaln tu boleh ade jem anggur.. lagi satu apehal ko tak bawak sekali jem anggur yang banyak kat atas jalan uh.. my favourite tao..!!" Kamal melontarkan soalan..
" weyh mangkok hayun..!!! jalan sesak le... "jawab afiq sambil mengetuk kayu yang berada di tangannya ke atas kepala Kamal..
Ahmad melayan sahabat-sahabatnya.. semakin lama semakin ramai.. sesekali terdengar mereka ketawa.. sesekali terdengar mereka menge"boo" .. haish!!
"pengantin dah tak macam pengantin" ujar ashraf
"nak pengantin menda , majlis dah habis dah kan.. nak kemas pun sikit lagi.." Aiman menjawab
" kemas?? kita?? come on brother.. how about Ahmad?? he's the one who are marry alright??"
" kan masa kita kahwin dia yang bersungguh-sungguh kemas.. apa salahnya kita tolong dia.. dia dah tolong kita kan.."
" yela bang!!!"
**********************************************************************************
Pintu bilik dikuak... dilihatnya Maisarah sudah berjalan ulang alik.. kedepan.. kebelakang.. ke kiri .. ke kanan..
" dah habis ukur bilik??" ujar Ahmad
Tergamam Maisarah... subhanallah.. indahnya suara nya.. Ahmad segera berjalan menuju ke arah isterinya.. dipegang lembut tangan isterinya.. sejuk.. ?? Ahmad tersenyum...dibawa isterinya ke sisi katil.. Maisarah hanya mampu tertunduk malu..
" Sayang." Ahmad menyebut... perkataan itu buat kali pertama dalam hidupnya... ya dia memang seorang lelaki yang terhangat dalam kalangan rakan sejawatannya.. bukan kerana rupa dan harta.. malahan imannya.. sehinnga kini tidak pernah seorang wanita pun berjaya memikat hati Ahmad.. tetapi wanita ini.. sungguh dahsyat sekali auranya.. dengan hanya melihat gambarnya sahaja sudah mampu membuatnya berdegup kencang..
Maisarah mengangkat wajahnya...Ya sekarang dirinya hak lelaki di hadapannya.. sekali pandangan ke arah wajah Ahmad.. sudah mampu membuat Maisarah berdegup... subhanallah .. kacaknya.. terima kasih ya Allah kerana membuatkan aku tidak memandangnya sewaktu melamar .. jikalau tidak.. pasti hambamu ini akan jadi gila bayang..
"abang nak buka purdah sayang.. boleh??" Ahmad tersenyum.
dengan lafaz bismillah.. Ahmad membuka purdah tersebut..
MasyaAllah... indahnya ciptaan mu... getus hati Ahmad.. ya sekarang dadanya berdegup kencang.. terlampau indah wajah di hadapannya
~~~GADIS IDAMAN~~~
♥ gadis itu wajahnya berona NUR IMAN ♥
♥ mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN ♥
♥ maruah diri dipagari dgn KESOPANAN ♥
♥ dialah puteri indah RUPAWAN ♥
... ♥ tika gadis lain sibuk MENGHIASI DIRI, dia hias NUR ILAHI pada wajahnya ♥
♥ tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA, dia selesa bersama cinta-NYA ♥
♥ tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA, dia tekun dgn BAIT kata TUHANNYA ♥
♥ tika gadis lain menangisi permergian ARJUNA, dia tangisi kehinaan DIRINYA ♥
♥ gadis itu seperti MAWAR BERDURI, indah dipandang namun sukar dipegang ♥
♥ cantiknya kerna KEPERIBADIAN AKHLAK MULIA, kerana itulah dia dikatakan......
♥ gadis itu wajahnya berona NUR IMAN ♥
♥ mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN ♥
♥ maruah diri dipagari dgn KESOPANAN ♥
♥ dialah puteri indah RUPAWAN ♥
... ♥ tika gadis lain sibuk MENGHIASI DIRI, dia hias NUR ILAHI pada wajahnya ♥
♥ tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA, dia selesa bersama cinta-NYA ♥
♥ tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA, dia tekun dgn BAIT kata TUHANNYA ♥
♥ tika gadis lain menangisi permergian ARJUNA, dia tangisi kehinaan DIRINYA ♥
♥ gadis itu seperti MAWAR BERDURI, indah dipandang namun sukar dipegang ♥
♥ cantiknya kerna KEPERIBADIAN AKHLAK MULIA, kerana itulah dia dikatakan......
"Sayang,jom" Ahmad membuat wajah nakalnya di hadapan isterinya.. entah kenapa.. dia berasa begitu mudah mesra dengan isterinya yang tercinta itu..
Merona merah wajah wanita di hadapannya.. Ahmad ketawa..Maisarah tersenyum.. dan sekali lagi kedua-dua mereka terpana dengan keindahan kurniaan ciptaannya..
"Sayang... tak nak cakap dengan abang ke?? senyap je..??"
" ye aa...aa..aa..abang.."
" ye sayang.. kenapa..??"
" abang suruh cakap..saya cakap la.."
" bukan saya la.. Sayang..hahaha.."
" GATAL la abang ni... " kedua-dua mereka ketawa..
"dah jom" Ahmad memegang lembut tangan mulus isterinya..
" jom ape??" keluar muka cuak Maisarah.. membuatkan Ahmad sekali lagi tergelak..
" jom..." sengaja Ahmad merapatkan wajahnya ke hadapan wajah isterinya.. ingin dicubit-cubit wajah isterinya.. merona merah muka Maisarah... cantik sangat..
"takdelah sayang.. jom solat sunat dua rakaat.. abang nak ucap syukur sebab dapat isteri yang solehah... haha.. apelah sayang ni.."
" Abang tu..!! apepon.. Saya Siti Maisarah berjanji akan menjadi isteri yang solehah untuk abang.."
"dan saya Ahmad Raffizzwan berjanji akan jadi suami yang soleh hanya untuk isteri abang.. " ujar Ahmad dambil merenung wajah mulus isterinya..
"Dah la.. jom solat.."
"jom" ujar Maisarah..
" jom apenye.. nak ambil wuduk pun pakai tudung..?" sengaja Ahmad berkata begitu..ingin sekali dia melihat isterinya tersenyum simpul...
nak tak nak Maisarah membuka tudungnya dan memaparkan rambutnya yang beralun yang dijaga khas untuk suaminya.. tergamam suaminya.. subhanallah.. hanya kata-kata itu sahaja yang tergetus dalam hatinya..
Maisarah tersenyum malu dan tanpa berlengah segera dia masuk ke dalam bilik wuduk yang disediakan khas .. Subhanallah kacaknya..
.::Lelaki Dan Wanita::.
(¯`*•.¸(◕‿◕)..Sungguh beruntung seorang LELAKI memiliki CINTA PERTAMA seorang WANITA..dan sungguh beruntung seorang WANITA memiliki CINTA TERAKHIR seorang LELAKI..(◕‿◕) ღ¸.•´¯)♥