Dia memang nampak sempurna dari
semua segi. Dikurniakan wajah yang jelita, otak yang cerdas dan dilahirkan
dalam keluarga yang berada. Sesiapa saja akan mencemburui nasib Azalea. Tutur
kata yang lemah lembut dan tingkah laku yang sopan amat disenangi setiap orang.
Azalea memang disenangi, ramah dan tidak sombong dengan kelebihan yang dia miliki.
Gadis itu nampak gembira sekali,
bahkan dia bagaikan dicipta untuk hidup gembira saja. Tapi, siapa tahu? Gadis
itu gadis yang sedang menunggu saat kematian yang muncul bila-bila masa. Dia di
sahkan menghidap penyakit barah hati. Sampai sekarang dia menanti penderma yang
sesuai. Tapi, hasilnya masih mengecewakan, sedangkan barah itu semakin menular.
Kadang-kadang dia ingin seperti orang lain, biar tidak kaya, biar tidak bijak,
biar tidak cantik, asalkan dirinya sihat. Dia menangis keseorangan. Hanya
keluarga yang prihatin mendorongnya untuk terus hidup.
Dia takut sekali untuk memejamkan
mata, takut lenanya tanpa jaga. Derita yang ditanggung amat menyakitkan. Ada
kala dalam gelak air matanya mengalir. Dia takut sekali apabila tiba-tiba
lintasan ajal dan dia dijemput menghadap Ilahitanpa sempat menyampaikan pesan
kepada insan-insan tersayang.
Saat-saat yang dilalui seakan tiada
makna. Dia betul-betul rasa buntu denganarah hidupnya. Di kampus dia menjalani
hidup seperti kebiasaan. Dia seorang pelajar yang baik. Dia memang hebat di
mata pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan. Tapi, tidak bagi Amri, baginya, gadis
itu terlalu sempurna. Dia harus mencari kelemahan gadis itu. Dia tidak senang
apabila nama gadis itu sentiasa menjadi yang mendahuluinya dalam setiap
perkara. Ada dendam yang harus dilangsaikan.
Azalea sendiri tidak mengerti dengan
lelaki itu. apa yang dia buat serba tak kena di mata Amri. Dia tidak kenal
sangat dengan lelaki itu, tapi dia senang sekali melihat wajah tenang jejaka
itu. Tapi dia tidak tahu kenapa lelaki itu sering mahu berdebat dengannya.
Ada-ada saja yang hendak dibantah. Wajah lelaki itu tetap tenang, walaupun
kata-kata berbisa yang keluar dari mulut itu. Namun dia tahu lelaki itu baik
kerana kawan-kawan tidak pernah berkata buruk tentang lelaki itu.
Amri mendapat idea untuk mendekatkan
diri pada Azalea. Melalui risikannya daripada beberapa teman gadis itu, gadis
itu mudah bersimpati. Dia harus mengambil peluang itu. Gadis itu harus menebus
kesalahan ayahnya. Ayah gadis itu telah membunuh ibu bapaku, ayah gadis itu
telah menyebabkan ibu bapanya terlibat dalam kemalangan maut.
" Assammualaikum.... Lama dah
kita sekelas. Tapi..tak pernah berbualkan?" Amri memberanikan diri menyapa
gadis itu. Dia berharap gadis itu sudi memanjangkan bicara. Dia perasan
kekagetan wajah itu.
" Tak sudi ke?" Tanya
Amri. Azalena terpana.
" Eh! Waalaikummussalam...
hmmm..apa awak cakap tadi?" Tanya Azalea separuh sedar. Tidak menyangka
lelaki itu akan menyapanya.
"Hmmm...saya cakap. Kita dah
lama sekelas. Tapi tak pernah berbual. Boleh kita berbual sekejab? Sebagai
kawan." Amri cuba membuatkan gadis itu selesa. Azalea tersenyum, dia
membetulkan duduknya. Amri agak terpesona dengan senyuman itu. Betul kata
kawan-kawan. Gadis itu memang sangat cantik. Dia cuba menghalau perasaan asing
yang cuba menular. Dia mengingatkan diri tentang dendamnya.
" Oh....apa salahnya. Saya
ingatkan awak tak suka kat saya." Ucap Azalea berterus terang. Amri
sedikit terkejut, tapi dia kembali mengawal perasaannya. Gadis manis bertudung
putih di depannya itu sukar sekali dibenci. Dia sudah berusaha untuk membenci,
tapi ternyata tidak sedikit pun perasaan benci itu hinggap di hatinya. Yang ada
hanyalah perasaan kurang senang dan dendam terhadap bapa Azalea.
" Awak ingat saya tak suka awak
ke?" soal Amri. Azalea terdiam sebentar.
" Hmm...memang saya fikir macam
tu. Yelah...kita selalu sangat berdebat. Saya minta maaf andai awak
terasa." Balas Azalea. Dia meliarkan pandangan disekitar kantin itu.
Rohani kawan rapatnya belum jugak muncul.
" Tak adalah.... Bukan saya tak
suka. Tapi saya suka dengar awak membalas setiap patah perkara yang kita
debatkan. Walaupun berdebat, suara awak tetap lembut. Saya suka dengar awak
bercakap." Tanpa sedar Amri meluahkan sedikit rahsia hatinya. Dia tidak
dapat menafikan yang dia suka mendengar suara gadis itu, lembut dan bersopan.
Wajah Azalea merah.
" Boleh kita jadi kawan?"
Tanya Amri melindung gugup. Dia takut sekali niat membalas dendamnya tersasar.
" Boleh..... Panggil saya
Alea." Balas Azalea ramah.
" Saya... Amri, awak boleh
panggil saya Am. Kalau nak panggil abang Am pun boleh." Amri cuba
bergurau. Azalea tergelak. Amri sekali lagi tergamam, manis dan cantik sekali.
" Tak sangka awak ni suka
bergurau." Azalea mula menyenangi kehadiran lelaki itu.
" Banyak yang awak tak tau
tentang saya tau. Tak kenal maka tak cinta. Mana tau lepas kenal saya awak
jatuh cinta. Ops..." Amri menutup mulutnya. Azalea tergelak lagi.
" Tak semudah itu saya jatuh
cinta tau." Azalea menegaskan katanya sekadar membalas usikan Amri. Bukan
dia tak nak jatuh cinta, tapi dia takut tidak mampu membalas cinta itu kerana
hatinya makin lemah.
" Apa? Awak ada kanser? Cakap
betul-betul Am, jangan main-main." Azalea terkejut mendengar berita yang
disampaikan oleh Amri itu. Sukar dia hendak menerima semua itu menimpa sahabat
baiknya. Sejak tiga bulan dulu, Amri menjadi sahabat baiknya. Walaupun masih
ligat berdebat, tapi tutur kata tetap dijaga.
" Betul Alea. Dah lama dah saya
sakit." Bohong Amri. Azalea sayu melihat wajah Amri, rupa-rupanya bukan
aku seorang aje yang menunggu kematian. Dia pun, dia memang seorang yang tabah.
Hanya aku yang seakan mengalah dengan penyakit ini.
" Saya tak sangka...awak pun
ada penyakit berbahaya." Azalea sebak. Amri menyembunyikan senyuman, dia
berjaya memancing simpati Azalea. Dia dapat melihat air mata berlinang di
tebing kelopak mata gadis itu.
" Saya pun tak sangka pada
mulanya. Tapi, bila doctor bagi tau, saya rasa dunia saya dah musnah. Saya
sedih sangat. Awak nak ke berkawan dengan saya? Seorang yang sedang menunggu
kematian yang entah tiba-tiba akan datang."Bohong Amri lagi. Azalea
mengesat air matanya. Wajah itu ditatap penuh ikhlas.
" Saya akan tetap di sisi awak,
walau macam mana pun keadaan awak. Kita sama-sama habiskan sisa hidup yang ada
dengan bahagia." Tanpa sedar Azalea melafazkan kata-kata. Amri agak keliru
dengan ayat terakhir Azalea. Sisa hidup?Tapi dia malas hendak berfikir panjang.
Apa yang dia tahu dia gembira apabila Azalea betul-betul percaya kepadanya.
Azalea menghantar langkah Amri
dengan air mata. Dia dapat melihat kepiluan dimata itu. Kita sama-sama menunggu
kematian Am. Kita sama-sama akan habiskan sisa hidup bersama. Bisik hati
Azalea.
" Kenapa ni nak? Alea sakit ke
sayang? " Tanya Datin Naini, ibu kesayangan Azalea. Bawah mata sembab
anaknya dipandang dengan hati yang tertanya-tanya. Dia memegang bahu anaknya
lembut. Azalea memeluk tubuh kurus ibunya.
" Mak....dia pun macam Alea.
Dia pun seorang yang menunggu kematian. Dia pun sakit..." sedu Azalea di
bahu itu. Datin Naini tidak mengerti, dia hanya membiarkan anaknya meluahkan
dulu apa yang disimpan. Sambil itu tangannya mengusap belakang anaknya dengan
penuh sifat keibuan.
" Alea ingat... Alea je yang
paling malang. Tapi, rupa-rupanya ada orang lain jugak yang menderita. Tapi dia
sungguh tabah. Dia tak pernah nampak patah semangat macam Alea. Alea nak jadi
macam dia." Tangis Azalea. Datin Naini menarik tangan anaknya lembut ke
sofa. Mereka melabuhkan punggung di situ. Dia mengusap lembut kepala anaknya di
pangkuan. Dia ingin tahu siapa gerangan yang diceritakan anaknya. Dia ingin
mengucapkan terima kasih pada insan itu.
" Siapa tu nak?" Tanya
Datin Naini sebak.
" Am mak... kawan Alea yang
Alea cakap dulu. Dia sakit mak, tapi dia tak putus asa. Dia tabah."
Beritahu Azalea diiringi esak tangisnya.
" Janganlah menangis sayang...
mak nak anak mak tabah macam dia." Ucap Datin Naini. Azalea angguk
perlahan, dia masih berbaring manja di pangkuan ibunya. Dia memang manja,
biarpun nampak serius, namun keletah manjanya hanya tika dia bersama dengan
keluarga kesayangan.
" Awak...awak dah makan
ubat?" Amri tersentak dari menungan. Dia menoleh ke arah suara lembut itu.
Dia teruja melihat senyuman manis Azalea. Bibirnya kaku untuk bersuara, entah
mengapa dadanya berdebar semacam.
" Kenapa awak ni?" Tanya
Azalea hairan. Dia mengambil tempat di sisi Amri. Amri diam, dia dapat menghidu
wangian yang sering digunakan gadis itu walaupun jarak mereka agak jauh di
kerusi panjang itu.
" Am..." panggil Azalea.
Amri tersentak lagi.
" Awak... apa awak Tanya
tadi?" Amri tersipu mengenangkan kelekaannya tadi. Wajahnya hangat apabila
mendengar gelak halus di sisinya. Dia teruja lagi melihat tawa itu, gigi gadis
itu tersusun kemas nampak indah bila ketawa.
" Awak berangan ya..."
usik Azalea.
" Mana ada..." nafi Amri.
" Eleh...bohong...tadi tu apa?
Tak dengar pun soalan saya." Azalea ingin mengusik lagi.
" Tadi tu saya
berfikir..." balas Amri sambil tersengih. Azalea tergelak, Amri ikut sama
gelak.
" Awak ni ada-ada je.. saya
tanya tadi... awak dah makan ubat?" Tanya Azalea prihatin. Amri
mengelabah.
" Dah...dah..sebelum ke sini
tadi saya dah makan." Bohongnya, walaupun menyedari menipu itu berdosa,
tapi dia bertekad untuk meneruskan jugak. Alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan.
" Hmmm...baguslah macam tu.
Saya tak nak kawan saya sakit." Ucap Azalea. Dia menyatu jari jemarinya.
Memang mereka selalu menghabiskan masa disitu, di taman bersebelahan dengan
perumahan keluarga Azalea. Adik bongsu Azalea sentiasa menemani mereka, Azirul
yang berusia 10 tahun sedang leka bermain buaian.
" Kawan je?" Tanya Amri
berani. Giliran Azalea tersentak.
" Apa maksud awak?" Tanya
Azalea sedikit cuak. Dia takut, takut rahsia hatinya turut diketahui.
" Awak tak pernah ke..sayang
kat saya?" Tanya Amri.
" Sayang....saya sayangkan awak
sebagai kawan saya." Balas Azalea berpura-pura tenang. Amri tidak putus
asa, misinya mesti berjaya.
" Saya nak kahwin dengan awak
Alea. Saya tau saya tak layak, tapi saya cintakan awak. Saya nak awak jadi
isteri saya." Luah Amri berani. Azalea tergamam. Dia terdiam.
" Alea....bagilah jawapan.
Jangan membisu je.." Amri sedikit mendesak.
" Tak boleh Am.. kita tak boleh
kahwin." Balas Azalea. Dia takut, saat dia berbahagia nanti dia tidak
sampai hati untuk meninggalkan lelaki itu.
" Kenapa tak boleh? Kenapa?
Kerana saya dah nak mati? Sebab itu awak tak nak pertaruhkan hidup dengan orang
yang berpenyakit macam saya?" tegas Amri. Dia berdiri tegak. Azalea masih
membisu. Bukan begitu Am, hatiku memang kuat mencintai kau, tapi... hatiku juga
makin lemah untuk menjalankan fungsinya. Jerit hatinya. Tiada siapa tahu
perasaannya melainkan yang Maha Esa.
" Tak payah cakap apa-apapun
saya tau Alea. Awak memang tak sanggup nak hidup dengan orang yang dah nak mati
macam saya." Amri melangkah ingin pergi dari situ. Azalea terpana, pantas
tangannya mencapai lengan Amri. Nasib baik Amri menggunakan baju lengan
panjang. Perlahan-lahan, Amri berpaling memandang Azalea. Dia terkejut melihat
wajah itu sudah basah dengan air mata.Terasa ingin sekali dia mengesat air mata
itu, tapi dia sedar batasan mereka. Dia rasa bersalah dengan penipuannya.
Azalea turut melepaskan pergelangan tangan Amri.
" Am... awak tak faham. Saya
pun gadis yang menunggu kematian. Am... saya tak kuat Am.. saya sayang awak.
Tapi... keadaan tidak membenarkan saya menyempurnakan kehendak awak dan saya
sendiri. Lagipun kita masih belajar. Am...maafkan saya." Ucap Azalea
pantas berlalu meninggalkan Amri. Amri tergamam di situ, dia hanya memandang
Azalea melangkah pergi sambil berpegangan tangan dengan Azirul. 'Gadis yang
menunggu kematian?' apa maksud dia?
Amri terkejut apabila menerima
panggilan daripada ibu Azalea memberitahu ingin berjumpa. Dia menerima pelawaan
wanita itu. Seperti yang dipersetujui mereka bertemu di restoran Rasa Sedap.
Dari jauh dia melihat wanita yang berusia separuh abad sambil ditemani Azirul,
adik Azalea.
" Assalammualaikum mak
cik..." sapa Amri.
" Waalaikummussalam.... Duduk
Am.." balas Datin Naini sambil tersenyum ramah. Amri melabuhkan punggung
sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Amri hanya memesan air
tembikai, dia tidak berselera untuk makan. Dia hanya hendak mengetahui tujuan
ibu Azalea itu menemuinya.
" Begini Am... Mak cik dapat
tau Am dah melamar Alea untuk jadi isteri. Betulke? Am serius?" Tanya
Datin Naini. Amri telan air liur." Betul mak cik. Saya memang nak dia jadi
isteri saya. Saya tau saya tak layak, tapi saya sayang dia mak cik. Berilah
saya peluang makcik." Ucap Amri berani. Datin Naini mengangguk-anggukkan
kepala beberapa kali. Pesanan air tembikai Amri sudah sampai, Amri meneguk air
beberapa kali. Terasa kering tekaknya.
" Tahu kenapa Alea
menolak?" Tanya Datin Naini lagi. Amri menggelengkan kepala.
" Am... makcik memang tak
halang kalau korang nak kahwin. Family kami okey.. cuma Alea. Dia rasa dia tak
mampu bahagiakan Am nanti. Dia pun macam Am, dia sakit jugak Am. Selama ni dia pinjam
semangat Am untuk teruskan hidup. Makcik pun nak ucapkan terima kasih kerana Am
telah pulihkan semangat dia untuk hidup." Amri terpana mendengar kata-kata
Datin Naini. Alea sakit? Sakit apa?
" Apa maksud mak cik?"
Tanya Amri dengan debaran.
" Dia dah lama menghidap barah
hati Am. Mak cik tau, memang dia tak pernah cakap kat kawan-kawan dia sebab dia
tak nak orang susah hati. Tapi mak cik harap Am pun sudi terima dia." Amri
tersandar di kerusi mendengar kenyataan itu. 'kita sama-sama habiskan sisa
hidup kita'. 'saya gadis yang menunggu kematian'. Bagaikan
terngiang-ngiang kata-kata Azalea dulu. Dia rasa bersalah sangat.
" Am tak tau mak cik... tapi...
izinkan saya ambik dia sebagai isteri saya." Kali ini Amri benar-benar
bertekad. Dia ikhlas untuk memperisterikan gadis itu, bukan untuk melunaskan
dendamnya.
" Mak cik sentiasa merestui Am.
Mak cik izinkan." Balas Datin Naini sebak. Dia ingin anaknya bahagia.
" Tapi....ada perkara saya nak
terus terang kat mak cik. Saya harap makcik maafkan saya. Tentang perasaan saya
terhadap Alea, saya tak tipu, saya memang cintakan dia." Amri ingin
berterus terang. Datin Naini angguk. Amri menceritakan segalanya. Bermula dari
rancangannya pada mulanya hendak membalas dendam, menjadi kawan kepada Azalea dan
akhirnya jatuh cinta. Berkali-kali dia berjanji akan membahagiakan Azalea
sebelum Datin Naini benar-benar yakin.
......................................................................................
" Saya cintakan awak....
banyak..." lafaz Amri ketika dia bersantai bersama isteri kesayangan di
koridor chalet. Sudah 2 minggu mereka bergelar suami isteri, dan 3 hari yang
lalu mereka sampai di situ untuk berbulan madu.
" Saya cintakan diri saya
sendiri..." terbeliak mata Amri mendengar kata-kata isterinya. Dia
memasamkan wajah melihat wajah nakal isterinya mengusik. Pantas dia menyambar
tubuh isterinya. Azalea terjerit.
" Lepaslah...." Azalea
menjerit kecil, dia memukul-mukul kecil lengan suaminya yang kemas
dipinggangnya. Pelukan itu semakin erat, akhirnya dia hanya membiarkan tangan
itu menyulami pinggangnya. Dia mencari wajah suaminya dibelakangnya.
" Alea cintakan abang
tak?" Tanya Amri manja. Dia membelai rambut Azalea, sudah lama dia
mengangankan untuk membelai rambut itu, akhirnya setelah menjadi suami isteri
dia dapat jugak merasa nikmat itu. Hanya dia yang berhak berbuat begitu, hanya
dia, kerana isterinya itu tidak akan membenarkan rambut itu dilihat lelaki
bukan halal.
" Alea....cintakan diri sendiri
aje...." Balas Alea lagi. Amri memuncungkan mulut.
" Malam ni abang tinggalkan
Alea tidur sorang-sorang je. Biar Alea kena gigit hantu." Usik Amri.
Azalea tertawa. Dia melentokkan kepala manja dibahu suami tercinta. Dia
mengusap pipi Amri, Amri suka sekali dengan tingkahmanja Azalea. Bukan dibuat-buat,
tapi spontan. Dia sendiri pun tidak menyangka gadis yang nampak serius seorang
yang manja.
" Perlu ke Alea nak ucap yang
Alea cintakan abang? Abang dah jadi sebahagian dari diri Alea, jadi... Alea
cintakan abang seperti cinta pada diri sendiri. Alea cintakan abang kerana
cinta abang terhadap yang Maha Esa. Alea cintakan abang kerana ketaqwaan abang
terhadap Allah. Alea sentiasa berdoa agar cinta kita terhadap Allah melebihi
cinta kita terhadap diri sendiri." LuahAzalea.
" Terima kasih kerana jadi
isteri abang." Ucap Amri. Azalea hanya tersenyum sambil mengucup tangan
suaminya. Amri insaf mendengar kata-kata isterinya. Dia begitu bersyukur
bertemu jodoh dengan Azalea. Dia masih ingat betapa payah dia hendak meyakinkan
Azalea menerimanya dulu. Dia masih ingat esak tangis gadis memberitahu yang dia
gadis yang menunggu kematian.
" Abang... Alea rasa tak
sihat..." adu Azalea selepas mereka solat subuh berjemaah pagi itu. Amri
pantas meraba dahi isterinya. Dia risau apabila merasa kehangatan di situ.
" Alea dah makan ubat?"
Tanya Amri.
" Dah..." balas Azalea.
Amri menarik tangan isterinya lembut dan membaringkan tubuh itu ke tilam.
" Meh sini abang picit ye....
Pukul 9 nanti abang bawa pergi klinik."Amri memicit lembut dahi isteri
tercinta.
" Kita kan ada kuliah
nanti." Balas Azalea.
" Alah....kita ponteng sekali
ni aje. Lagipun Alea tak sihat, nanti minta MC dari doctor." Ucap Amri,
jemarinya masih memicit lembut dahi itu. Lagipun hanya tinggal sebulan lagi
mereka menjadi pelajar.
" Alea je yang dapat MC
tau.." Azalea tergelak. Amri turut tergelak. Azalea memejamkan mata
mengusir rasa pening. Dia akhirnya terlelap.
Selepas menjalankan pemeriksaan
Azalea duduk di sisi suaminya di depan meja doctor. Doctor Nur tersenyum pada
pasangan suami isteri muda itu. Dia membelek kertas di tangannya
" Tahniah... you berdua bakal
jadi ibu dan ayah." Doctor Nur menghulurkan tangan pada Azalea.
Teragak-agak Azalea menyambut, dia tergamam. Amri di sebelah bagaikan hendak
menjerit kegembiraan. Wajahnya berseri.
" Berapa bulan doctor?"
Tanya Amri gembira, tangan isterinya digengam erat.
" Baru masuk lapan minggu.
Hmm...jaga wife you baik-baik tau.Lagipun..kesihatan dia pun tak berapa baik
jugak." Pesan doctor Nur. Azalea hanya terdiam.
Azalea hanya membisu sejak dari
tadi. Tidak sepatah pun bersuara, Amri perasan perubahan isterinya.
" Kenapa ni sayang? Alea tak
bahagia, tak lama lagi kita akan jadi ayah dan ibu?" Tanya Amri sebaik
mereka keluar dari bilik doctor Nur.
" Abang...abang tak ingat ke
keadaan kita? Kita mungkin tak dapat hidup lama bang....macam mana dengan anak
kita nanti? Mereka akan kehilangan kita. Ataupun...Alea akan pergi sebelum
sempat melahirkan baby ni.." luah Azalea. Dia mengusap perutnya yang masih
kempis. Ibu sayangkan baby... maafkan ibu...
Amri memeluk isterinya. Dia mengerti
kenapa isterinya begitu.
" Alea kena ingat... Allah yang
menentukan segalanya. Allah memang nak bagi baby ni untuk kita sebagai bukti
cinta kita." Pujuk Amri. Azalea hanya angguk.
" Kita berserah pada
Allah...kita jangan terlalu cepat berputus asa. Alea kena jaga diri dan baby
tau. Terima kasih kerana kandungkan zuriat abang.... Abang cintakan Alea."
Ucap Amri.
" I love you too."
" I love you three.."
balas Amri nakal. Azalea tergelak bahagia.
" Syukurlah.... Alea nampak
sihat je.." Datin Naini tersenyum bahagia melihat anaknya yang sedang
sarat mengandung dengan jubah konvokesyen. Mereka bergambar kenang-kenangan
bersama keluarga dan kawan-kawan. Teruk jugak Amri dan Azalea di usik teman-teman
yang nakal.
Datin Naini memimpin tangan Azalea
duduk di bangku panjang. Amri mengambil gambar isterinya berkali-kali.
" Mak...jaga anak Alea nanti
ye... kalau Alea tak sempat tengok dia besar. Mak kena tolong abang Am jagakan
anak kami. Mak bawakan dia lawat Alea nanti. Mak kena janji ya... mak kena
cakap kat anak kami, yang Alea sangat sayangkan mereka." Datin Naini
terpana mendengar permintaan anaknya. Dia menangis memeluk anaknya.
" Jangan cakap macam tu nak...
kita jaga sama-sama." Balas Datin Naini.Datuk Azrul dan Amri yang
memandang kelakuan dua beranak itu menahan sebak.Tiada lagi dendam Amri
terhadap Datuk Azrul kerana rupa-rupanya Datuk Azrul telah menebus kesalahan
dengan menanggung segala perbelanjaannya dulu. Dia pun baru tahu setelah mak
usunya menceritakan hal sebenar. Lagipun menurut makusunya, kemalangan itu
memang tidak disengajakan.
" Cakap kat abang Am... kalau
anak-anak ni kembar perempuan namakan dia Alia Balqis dan Anisa Balqis. Dan
kalau dua-dua lelaki Arief Amsyar dan Arief Ammar." Pesan Azalea lagi.
Datin Naini gagal bersuara kerana menahan tangis. Datuk Azrul dan Amri
menghampiri mereka.
" Kenapa ni?" Tanya Datuk
Azrul lembut, penuh dengan naluri kebapaan.
" Tak ada apa-apa
abah...." Balas Azalea.
Amri menghampiri katil yang
menempatkan tubuh isterinya. Wajah pucat itudi pandang dengan rasa cinta yang
tak berbelah bagi. Tangan itu dikucup penuh kasih sayang. Ibu kepada sepasang
anak kembarnya itu masih nampak cantik walaupun terlantar di situ.
" Abang..... Arief dengan
Balqis mana?" Tanya Azalea. Amri duduk disisi katil, dahi itu dikucup
lama.
" Mereka kat dalam bilik baby.
Terima kasih sayang...anak-anak kita comel.Muka sebijik macam ibu mereka."
Amri tersenyum manis.
" Abang.... Alea nak tengok
Arief dengan Balqis... boleh abang bawa kesini?" pohon Azalea penuh
berharap. Amri angguk, pantas berlalu ke bilik bayi. Dia kembali ke situ
bersama ibu bapa Azalea yang mendukung anak-anaknya. Amri membantu Azalea duduk
dan menyandarkan tubuh isterinya ke dadanya. Mereka menyambut anak-anak mereka
dari ibu bapa Azalea.
" Anak ibu...." Bisik
Azalea pada dua bayi di depannya. Balqis dipangkuannya dan Arief di pangkuan
suaminya. Datuk Azrul dan Datin Naini meninggalkan pasangan itu. Azalea tertawa
melihat wajah comel anak-anaknya. Selepas itu Arief pulak beralih ke
pangkuannya, Balqis diserahkan kepada Amri. Wajah Arief dan Balqis dicium
bertalu-talu tanpa jemu.
" Abang jaga anak kita tau.
Alea tak mampu nak tengok anak-anak kita membesar. Alea tau mereka selamat di
sisi ayah mereka. Kalau abang nak cari suri lain untuk ganti Alea pun, Alea tak
kisah bang. Alea rasa, Alea tak mampu nak jaga abang dengan anak-anak."
pesan Azalea. Amri sebak.
" Alea..abang ada rahsia nak
cakap. Abang sebenarnya..tak"
" Tak sakit kan?" teka
Azalea. Amri tergamam, macam mana Alea tahu?
" Macam mana... Alea..
tau?"
" Alea tak pernah tengok abang
makan ubat sejak kita jadi suami isteri." Balas Azalea.
" Maafkan abang sayang. Abang
terlalu cintakan Alea. Dulu memang abang nak berterus terang, tapi abang takut
Alea tak terima abang. Mak pun tak bagi abang cakap kat Alea." Pohon Amri.
Ubun-ubun isterinya dikucup.
" Alea tak kisah bang. Alea tak
salahkan abang. Abang telah bahagiakan Alea sepanjang kita jadi suami isteri.
Abang kena janji akan jaga anak kita baik-baik tau. Alea cintakan
abang..." ucap Azalea. Air mata Amri mengalir.
..........................................................................................
" Ayah...." Amri tersentak
mendengar suara anak gadisnya memanggilnya. Selepas itu dia terasa tubuhnya
dipeluk erat oleh jejaka di sebelah. Kemudian gadis yang seiras arwah isterinya
memeluknya.
" Ayah....jom kita balik. Esok
kita pergi ziarah pusara ibu lagi." ajak suara garau anak terunanya.
Mereka bertiga berjalan berpelukan menuju ke kereta. Amri menoleh ke pusara
arwah isterinya. Selamat tinggal sayang.... semoga Alea ditempatkan di kalangan
muslimin muslimah yang soleh. Kau lah isteriku yang solehah. Tak jemu melayan
kerenah suamimu ini dan sudi melahirkan zuariat suamimu ini.
Amri duduk di tempat bersebelahan
pemandu. Arief Amsyar yang telah berusia 23tahun memandu, Alia Balqis duduk di
tempat duduk belakang. Amri sentiasa memperkenalkan anak-anaknya kepada
kemurnian perketi arwah ibu mereka. Dia boleh berbangga kini, kerana
anak-anaknya membesar menjadi anak-anak yang taat dan berjaya dalam pelajaran.
Amri menatap gambar wajah isteri
yang amat dirindui yang amat dia kasihi...
Sayang.... anak-anak kita dah
besar... mereka anak yang baik. Seperti ibu mereka. Abang tak pernah menduakan
kasih Alea kerana tidak ada wanita lain yang layak menjadi isteri abang dan ibu
kepada anak-anak kita selain Alea. Abang rindukan Alea. Abang tak pernah lupa
mencintai Allah melebihi cinta terhadap makhluk ciptaan-Nya. Abang selalu
bersyukur kerana Allah telah mengurniakan Alea untuk abang cintai.
" Ayah....Balqis rindukan arwah
ibu.." sebak Balqis bersuara. Amri menoleh ke belakang, wajah kerinduan
itu direnung. Selepas itu dia berpaling ke sebelah, seperti Balqis, wajah Arief
jugak sarat dengan kerinduan terhadap arwah ibu yang tidak sempat membesarkan
mereka. Azalea pergi selepas seminggu melahirkan mereka. Amri masih ingat hari
terakhir isterinya bersama mereka. Dia dapat merasakan sesuatu melihat cara
renungan Azalea. Azalea sempat memohon maaf dan memintanya menghalalkan
segalanya. Hari itu memang aneh, Arief dan Balqis yang baru berusia seminggu
masa itu tidak banyak kerenah.
Tersenyum dan tergelak suka apabila
dibelai Azalea. Azalea menyandar di dada Amri sambil memeluk anak-anaknya erat.
Amri sempat mendengar bisikan syahadah sebelum dada isterinya tidak lagi
berombak. Arief dan Balqis tiba-tiba menangis. Dia sendiri masa itu hanya mampu
memeluk isterinya erat bersama anak-anak mereka. Dia hanya melepaskan isterinya
apabila abah Azalea menariknya perlahan. Air matanya berlinang, dibiar lepas.
Anak-anaknya beralih ke dalam pelukan seorang jururawat dan emak Azalea. Dia
merebahkan tubuh isterinya kekatil dengan hati-hati. Dia mengucup dahi
isterinya. Dia dapat mengesan bekas air mata dipipi isterinya. Dia tahu,
terlalu berat hati isterinya meninggalkannya bersama anak-anak yang masih
terlalu kecil.
" Mesti arwah ibu pun rindukan
kitakan ayah." Celah Arief.
" Percayalah sayang.... Arwah
ibu jugak rindukan kamu berdua. Arwah ibu seorang yang penyayang. Nanti kita
akan berkumpul bersama. Jadilah anak yang soleh." Pesan Amri. Arief dan
Balqis angguk.
" Kami janji, kami akan jadi
anak yang baik ayah.. kami sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ayah dan arwah
ibu." Ucap Arief. Amri amat bangga dengan sikap tanggungjawab anak
terunanya itu.
" Arief nanti jaga adik tau.
Nek usu, Tok abah dengan tok mak pun kena jaga tau. Dengar cakap mereka. "
Pesan Amri. Dia rasa mengantuk yang amat sangat.
" Ya Allah... hanya Kau
berhak disembah. Nabi Muhammad pesuruh Allah." Bisiknya sebelum
memejam mata.
Arief Amsyar memeluk bahu Alia
Balqis memandang pusara arwah ibu dan arwah ayahnya. Doa dikirim untuk
insan-insan kesayangan itu. Mereka redha pemergian arwah ayahnya sudah
ditakdirkan. Arwah ayahnya pergi kerana seruan Ilahi dan rindu kepada arwah
ibu. 'Ya Allah ya Tuhanku, tempatkanlah ayah dan ibu kami di kalangan
muslimin muslimah yang soleh. Ayah.. kami membesar dalam dakapan kasih
sayangmu, ibu... kami hidup di bawah naungan kasihmu. Terima kasih kerana
melahirkan kami. Kami bersyukur menjadi anak-anak kalian.' Bisik pasangan
kembar itu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment