pesanan penaja khas: KLIK
PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS
Kita biasanya beli 1.75 meter atau 2 meter kain untuk membuat tudung. Jadi, lebihan kain yang dibuat tudung tadi kita jangan buang, kita buat niqabnya pula.
Kain tadi dipotong dengan ukuran 35cm x 27cm (Ukuran berbeza mengikut keselesaan sahabat-sahabat, kalau nak labuh, maka panjangkan ukuran tinggi: 35cm). Maksudnya di sini antunna kena potong panjangnya dalam 70cm. Kemudian, lipat kain tadi kepada 2 bahagian yang sama panjang dan lebarnya iaitu 35cm x 27cm. Lipat dua je, tak susah pun. Satu akan dijadikan bahagian dalam dan satu lagi akan dijadikan bahagian luar.
Step 3:
Bahagian dalam dipotong sebanyak 5 cm (di bahagian bawah, bukan atas).
Step 4:
Selepas itu, lipat kain tadi menjadi dua bahagian lagi (segiempat tepat) dan potong hujung bahagian luar menjadi curve. Kalau ada diantara antunna yang nak buat empat segi biasa je, pun tiada masalah, jadi tak payahlah potong.
Step 5:
Ulang step 4 pada kain bahagian dalam pula. Potong curve atau hanya dibiarkan.
Step 7:
Pasangkan getah di bahagian hujung/penjuru kedua-dua hujung niqab. Panjang getah mestilah mengikut kesesuaian dan keselesaan para sahabat. Ni untuk sokongan..gantung kat belakang kepala.
Ini dia jadinya bila dah siap menjahit kedua-dua belah niqab dengan getah.
tq koongsi..bermanfaat
ReplyDelete