Friday, 1 June 2012


 

Assalammualaikum...

Untuk pengetahuan pembaca blog MENCARI CINTA, ANA cuma COPY AND PASTE entry cara menjahit purdah ini dari blog

Dr Muslimah Mini Shop

Jemputlah singgah ke blog beliau untuk membeli produk muslimah.

Bagi sesiapa yang nak jahit sendiri niqab atau mula nak pakai niqab , di bawah ni ada cara-cara nak menjahit sendiri. Selamat mencuba.

Sebab ana sendiri pengguna purdah jadi ana mengambil kesempatan untuk share entry ini dengan semua yang masih tercari-cari di mana untuk membeli purdah dan ingin menjahit sendiri purdah.




pesanan penaja khas: KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS

Pertama:

Kita biasanya beli 1.75 meter atau 2 meter kain untuk membuat tudung. Jadi, lebihan kain yang dibuat tudung tadi kita jangan buang, kita buat niqabnya pula.







Step 2:
Kain tadi dipotong dengan ukuran 35cm x 27cm (Ukuran berbeza mengikut keselesaan sahabat-sahabat, kalau nak labuh, maka panjangkan ukuran tinggi: 35cm). Maksudnya di sini antunna kena potong panjangnya dalam 70cm. Kemudian, lipat kain tadi kepada 2 bahagian yang sama panjang dan lebarnya iaitu 35cm x 27cm. Lipat dua je, tak susah pun. Satu akan dijadikan bahagian dalam dan satu lagi akan dijadikan bahagian luar.






Step 3:

Bahagian dalam dipotong sebanyak 5 cm (di bahagian bawah, bukan atas).








Inilah hasil dari step 3 tadi.









Step 4:

Selepas itu, lipat kain tadi menjadi dua bahagian lagi (segiempat tepat) dan potong hujung bahagian luar menjadi curve. Kalau ada diantara antunna yang nak buat empat segi biasa je, pun tiada masalah, jadi tak payahlah potong.






Ini hasilnya dari step 4 tadi apabila selesai dipotong.











Step 5:
Ulang step 4 pada kain bahagian dalam pula. Potong curve atau hanya dibiarkan.








Ini pula hasil dari step 6.









Step 7:
Pasangkan getah di bahagian hujung/penjuru kedua-dua hujung niqab. Panjang getah mestilah mengikut kesesuaian dan keselesaan para sahabat. Ni untuk sokongan..gantung kat belakang kepala.








Ini dia jadinya bila dah siap menjahit kedua-dua belah niqab dengan getah.






1 comment: